Soalan-soalan Lazim (FAQ) MiniNiaga
Di bawah merupakan soalan-soalan lazim bagi rujukan anda sebelum melakukan sebarang pertanyaan kepada kami. Sekiranya perkara yang anda ingin tahu tiada di sini sila hubungi kami di pautan Hubungi Kami.
1 — Berapakah harga untuk memiliki sistem MiniNiaga?
Terdapat dua versi untuk sistem MiniNiaga iaitu versi digital dan fizikal. Harga bagi versi fizikal adalah RM199 sahaja manakala harga bagi versi digital adalah RM249 sahaja.
2 — Apakah beza sistem MiniNiaga versi fizikal dan digital?
Secara ringkas sistem MiniNiaga fizikal adalah untuk menjual produk fizikal seperti tikar, kasut, meja dan sebagainya. Sistem MiniNiaga digital pula sesuai untuk menjual produk digital seperti ebook, perisian, audio, video dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua sistem ini, anda boleh membaca pautan ini.
3 — Adakah pembelian sistem MiniNiaga ini termasuk domain & hosting?
Setiap pembelian sistem MiniNiaga TIDAK termasuk pakej domain dan hosting. Anda perlu membeli domain dan hosting terlebih dahulu sebelum menempah sistem MiniNiaga. Namun begitu, pihak kami ada menyarankan beberapa pilihan hosting tempatan yang terbaik. Klik di sini untuk muat turun senarai penyedia hosting terbaik di Malaysia.
4 — Adakah satu sistem MiniNiaga boleh diguna untuk banyak domain?
Satu sistem MiniNiaga hanya boleh digunakan untuk satu domain sahaja. Jika anda ingin membina dua buah web jualan menggunakan sistem MiniNiaga, maka anda perlu membeli dua unit sistem MiniNiaga. Jangan risau, pelaburan yang anda lakukan pasti akan berbaloi.
5 — Bolehkah saya nak tukar nama domain untuk sistem MiniNiaga?
Kadang-kadang kesilapan teknikal mungkin berlaku di pihak anda, jadi kami boleh bertolak ansur untuk menukar sebarang nama domain untuk lesen sistem MiniNiaga anda dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pembelian. Selepas tempoh ini, tiada sebarang penukaran dibenarkan.
6 — Adakah polisi jaminan wang disediakan?
Pihak kami tidak menyediakan polisi jaminan wang terhadap pembelian sistem MiniNiaga kerana kami telah menyediakan demo penuh sistem MiniNiaga kepada anda. Apa yang anda cuba, itulah yang anda dapat. Tiada soal nak pulangan wang lagi. Cuba demo di sini.
7 — Bolehkah kami meminta untuk menambah fungsi lain dalam MiniNiaga?
Tidak sama sekali. Anda hanya boleh menggunakan sistem MiniNiaga sepertimana yang telah disediakan sahaja. Walaubagaimanapun, sebarang cadangan atau idea bagi tujuan penambahbaikan amat dialu-alukan.
8 — Bagaimana saya nak pasang sistem MiniNiaga?
Pihak kami ada sediakan tutorial lengkap bagaimana anda hendak memasang sistem MiniNiaga ke dalam server anda. Tetapi jika anda malas nak peningkan kepala memasang sistem MiniNiaga, anda boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan caj hanya RM30 sahaja. Klik di sini untuk tempahan.
9 — Boleh sistem MiniNiaga di integrate dengan autoresponder?
Jika maksud anda adalah ingin tambah opt-in form pada MiniNiaga, ya anda boleh tambah kod opt-in dari mana-mana autoresponder pada bahagian 'content' minisite anda.
10 — Kenapa sistem MiniNiaga hanya terhad sehingga 3 produk sahaja?
Pada pendapat peribadi kami, tidak sesuai untuk menjual banyak produk menggunakan minisite. Sesebuah minisite hanya sesuai dan berkesan untuk menjual satu dua produk sahaja. Jika anda mempunyai produk yang banyak, kami cadangkan untuk anda menggunakan sistem Niagakit.
11 — Saya tiada kemahiran untuk membina website, adakah MiniNiaga boleh membantu saya?
Itulah tujuan utama kami mencipta dan menjual sistem MiniNiaga agar individu yang tiada kemahiran teknikal pun boleh membina web jualan mereka sendiri. Dengan MiniNiaga, anda hanya perlu menggunakan 'mouse' untuk membina dan menguruskan web jualan anda sepertimana anda menggunakan perisian Microsoft Word.
Sebelum ni saya memang 'fail' la kalau bab-bab buat minisite ni. Tapi bila saya cuba buat guna MiniNiaga, wah sangat mudah! Saya buat sendiri pun boleh siap satu minisite. — Hafizi Zain , www.BigTeddyBear2u.com